Monday, February 06, 2006

chill out @PH

it was great hang out with me new colleagues :)

Tuesday, January 31, 2006

H4PPY M44L H|JR4H...

ermm... dah lama tak tulis kat blog nih.. such a longggggggg time :)

tahun baru.. buku baru.. kisah baru... semangat baru...

this new year.. tak buat apa² pon.. kebetulan a day before.. did talk on the phone with Rina (satu tempat kerja, i guess we all boleh dikatakan satu kepala lah kan..) talk about activities.. like chill out thing and end up talking about salsacise and kickboxing.. currently she in pilates. and me? none.. not even jogging.. lama giler tak bersenam.. so i decided to go to her place with Ira :)

sampai rumah dia.. she was preparing tempura.. kekekeke.. yummy! it was great playing with sha sha, her daughter :) cute lil felisha...

ermss.. end up all of us doing salsacise... hahahaahhaaa! habis satu vcd.. and nak try tea bo. but tea bo is more tense compare to salsacise.. since salsa is more 'lenggok' and fun. tea bo need a lottts of energy and stamina.. but i like it.. since tired doing salsacise thingy.. sempat warm up jer untuk tea bo, lol!

now i know what i wanna do during free time.. thanks rina! seronoknya ada geng nak ber tea bo and salsacise :)




p/s: babe, thanks again *wink*

Friday, November 11, 2005

Wahai Kau Cinta...

Sebelum kau benar-benar pergi
Ucapkan satu kata yang tulus
Bahwa kau mencintai diriku sepenuh hatimu
Dan aku merasakan kau selalu di sini
Wahai kau cinta sungguh tak ada yang bisa
Mampu berpaling darimu bila terlanjur sayang
Wahai kau cinta yang luluhkan hati ini
Membuat sgalanya indah semua karena cinta
Sebelum engkau pergi
Ucapkan yang terindah dari lubuk hatimu
Bahwa kau mencintai diriku sepenuh hatimu
Dan aku merasakan kau selalu di sini

Saturday, November 05, 2005

A day before 1 Syawal 1426H


Pagi2 lagi Nana dah call rumah, tanya bila nak bertolak ke Tmn Tun. Rupa2nya aku dapat tau yang mum dah janji ngan aunty yang we all nak bertolak ke rumah aunty pagi2 Rabu. Aku masih mengemas bilik (Dapat cuti last minutes kan.. semua kerja2 mengemas dan buat kuih raya dalam masa yang singkat, agak serabai dan memenatkan) Tapi tak per.. semangat raya, yehaaaaaaaaaaa!!

Bertolak ke rumah aunty kire2 pukul 11.30 pagi. Nasib baik dah full tank :) tak sabar nak sampai rumah aunty cos dengar citer aunty masak ayam masa merah. aduhhhhhhhhhhhhh,masakan aunty dan Opah yang menjadi kegemaran aku setiap bulan Syawal. Actually resepi dari Opah, ibu mentua aunty aku. hehehehe , Opah yang sentiasa stylo!

Kedatangan we all di sambut dengan meriah.. biasalah kalao aku datang bergegarlah rumah aunty :) tapi menjadi satu kemestian bagi aku untuk lepak dan melihat ikan2 koi aunty yang sihat2 sebelum melangkah masuk ke rumah aunty :) aku suka.. melihat ikan2 itu membuat aku tenang dan pokok2 yang menghijau disekitarnya sungguh menyejukkan. tolong aunty masak untuk raya dan masak untuk berbuka - agenda aku pada hari itu.

agenda pertama - masak ketupat. hehehehehe, fuyoooooooooooooo.. aunty prepare ketupat.. meriah ner thn nih :) aku dan Nana kena hidupkan api.. agak mengambil masa jugaklah nak hidupkan api kat dapur tanah liat tuh.

agenda kedua - masak bayam untuk berbuka. comel2 pulak bayam yang aunty beli. masak kuah, simple jer.

agenda ketiga - tengok aunty masak ayam masak merah :)

agenda keempat - lepak sambil take photo disekitar kolam ikan.

agenda kelima - berbuka!!!!!!

Sunday, September 25, 2005

weekend with Jaja and Qayyim

Venue: Wisma Radio
Time/Date: 4.55pm, 23 Sept 2005.

*my handphone ringing* "Cat, datang tido kat rumah aku malam nih boleh tak? Temankan aku sebab hubby aku outstation weekend nih", pinta Jaja. "ermm, ,malam nih tak leh lah sebab kalo nak bertolak mlm nih nanti mak aku risau pulak. Aku gi esok lah sabtu aku off. Tapi ahad petang aku kerja tau", jawabku. "ok ok.. datang tau! aku tunggu", balas Jaja. *end conversation*

erm... Jaja temanku sejak di sekolah rendah.Sudah biasa dapat request cam tuh dari Jaja.. Temankan adiknya kalo mereka ke outstation.. Kalau satu keluarga pergi bercuti, aku akan jadi penjaga kucing2 yang ditinggalkannya. Kekadang scary jugak, lol! tapi last time aku minta abang aku sekali tido di banglo besar itu :)

Venue: Home
Date: 24 Sept 2005

Pagi lepas solat subuh, heheh sambung tido. letih lah... bangun2 jer the whole family dah ready for breakfast.. abg beli nasi lemak. Yan buat milo :) aku? erm.. masih di atas katil. Termenung.. aduh.. lepas breakfast nak basuk baju then ke Shah Alam (Jaja dah 2 bulam sewa condo di seksyen 9, belakang Giant hypermarket). Janji ngan Jaja lepas solat zohor baru bertolak. Jam dah nak dekat pukul 2.30pm, aku masih membasuh :) basuh manual nih ambil masa sikit :) hehehhe lepas breakfast bukannya basuh baju.. lepak depan TV, nih rancangan masakann nih lahhhhh. bila dah tengok channel discovery travel & living nih buat aku terleka. especially kalau rancangan masakan :) jam 2.30pm Jaja call. "Wei, bila nak sampai nih!!! cepatlah datang!!!", teriak Jaja. "yerlah.. lepas aku sidai baju nih aku terus ke Shah Alam lah...", jawab aku :) kuang, kuang, kuang, yeah.. yeah.. nih semua gara2 leka dengan rancangan masakan di TV... tergendala apa yang telah aku rancang di awal hari :)

Venue: Home
Date: 24 Sept 2005

ok ok... aku bertolak.. hehe lebih kurang dah nak dekat pukul 3pm.. mana tak Jaja pissed off :) yg aku nih ikut jalan erm.. jauh sikit.. lalu bandar sunway dan Subang Jaya... jammed tapi tak teruk lah kan. Waktu melalu Subang Jaya, teringat zaman aku belajar di Kolej Unitek dulu. Student ADP semua ditempatkan di Subang Perdana Court 9. Banyak juga perubahan.. Dah banyak condo2 tumbah bagai cendawan selepas hujan. Waktu di trafiic light di Suabng Jaya, telefon bimbit aku berbunyi lagi. ah agak dah.. Jaja! "Weiiiiii, ko kat mana tuh?", tanay Jaja. "Lagi 15 minutes ok!! aku kat Suabng Jaya nih, kat simpang ke Shah Alam dah nih", Tanpa menunggu Jaja habis bercakap, terus aku potong cakap dia :)


Venue: Shah Alam
Date: 24 Sept 2005

"Jaja, aku dah sampai depan office ko nih!", kataku. "ok ok, tunggu aku bawa pass parking", jawab Jaja. ihikz.. Akhirnya.. bertemu juga ngan Jaja dan anak lelaki dia, Qayyim :) Qayyum nampak blur and blank bila jumpa aku, ihikz. Naik kejap ke office Jaja. Dia ada kerja sikit. Lepas dia faxkan laporan2, kami terus ke condo Jaja. Akhirnya selamat sampai. Cantik juga permandangan dari condo Jaja nih. Nampak masjid Shah Alam :) Sepanjang menunggu waktu makan malam, puas bermain ngan si Qayyim :) aktif juga si kecil nih. Kekadang cakap pon ikut ala2 bahasa dia :) Dinner kat luar jer. Janji aku mau yang sedap pintaku. Menurut Jaja dia tau ada satu tempat nih kuew tiau dan nasi goreng kampung yang sedap. Jaja dah masak dengan perangai aku yang begitu cerewet tentang makanan :) Tak kisah makan kat tempat murah, janji sedap! yup! kuew tiau yang Jaja cadangkan itu sedap! So malam tuh aku makan kuew tiau & apple juice.

Venue: Shah Alam
Date: 25 Sept 2005

tiba-tiba tangisan Qayyim mengejut aku dari tidur. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 4am. Terlalu aktif bermain malam tadi, itu yang buat Qayyim mengigau.. Menangis sambil menyebut perkataan "ball" :) cute.. itulah di office mamanya, main bola ping pong. sampai rumah main bola lagi :) seronok Qayyim ada orang melayan dia :) lepas subuh, sambung tido, hehehhehe. Sedar2 jer Qayyim sedang memperhatikanku. "Assaluma'laikum and good morning baby", tegurku. dia senyum aja. Tapi aku lebih prefer memanggil dia "boy". Tapi Jaja kata kalau panggil baby lagi manja. "yer lah.. tak macho lah panggil baby.. dia kan boy", balasku. cute bila si Qayyim membahasakan dirinya "baby" :) lebih kurang pukul 11.30pagi kami ke Giant, beli bahan2 mentah untuk makan tengah hari. Mum minta aku belikan Olay White Total Effect & susu.. dan aku? erm... kalu dah ke hypermarket, pasti beli barang2 yang aku tak planned nak beli, lol! Habis berbelanja lebih kurang pukul 1.30pm. On the way ke parking lot, aku ternampak cafe menjual cheese stick. ermmmm, yummy!!! teringin pulak nak rasanya :) teringat Citra, teman indon ko. ntah kenapa cheese and citra begitu sinomin bagiku :) Sampai rumah terus solat and masak.. kkekekeke, Jaja mau aku masakkan sambal minang. Frankly, aku dah lama tak masak sambal minang :) siap tumbuk cili lagi, biasanya aku blender jer. since tak ada blender kat rumah Jaja, apalagi tumbuk cili lah kak :) tak sedar masa begitu pantas berlalu. We all makan lebih kurang pukul 3.15pm. Dah lama tak makan sama2 ngan Jaja. Dulu sebelum dia berkahwin, aku rajin ke rumah dia.. mak dia pasti ajak aku makan sekali. setiap kali datang ke rumah Jaja mesti makan. segan jugak rasanya, lol! Makan sambil borak2, best! tak sangka kali ini kami ditemani oleh anak Jaja. aku rasa macam baru jer Jaja berkahwin... Lepas solat asar, aku terus ke tempat kerja...

Saturday, September 17, 2005

ove rumah-rtm-rumah (shift pagi)

ermmm.. tak sangka dah masuk 5 bulan aku bersama Digistar. Aku tak tak kenapa aku decided untuk terima tawaran kerja dari Digistar. May be sebab aku dah boring di Ivanex. Tapi di Digistar masa kerja ikut shift dan di tempatkan di RTM. Kalau shift pagi, waktu bekerjanya 9pg-6ptg. Tapi kalo shift mlm yang pada mulanya 4ptg-1pg. tetapi diubah jadi 5ptg-2pg berikutan berita yang menggunakan sistem automation dianjakkan dari pukul 12.30mlm ke 1.30pg.


biasanya naik komuter kalau shift pagi. tapi since dah dapat laptop nih.. aduhh sakit pinggang pulak. sebab dari komuter station ke rtm tuh.. macam naik bukit, ihikz. so, ii decided to take my camera. ermm.. nak merakamkan perjalanan aku sehari-hari ke RTM.


pagi, pukul 7pg tuh dah start bertoah dari rumah. agak jammed jugak lah dekat traffic light tol UPM. org nak ke kl, kajang, bangi, cyberjaya, putrajaya akan melalui traffic light nih.

Sampai RTM lebih kurang pukul 8.15



Di traffic light tol UPM Jalan Bangsar Jalan Bangsar juga Jalan Travers mmmmmmmmm..... look at the sky! lovely :)

Friday, September 02, 2005

di ambang merdeka :)

2 hari yang lepas negaraku menyambut hari kemerdekaan yang ke 48. Walaupun cuti umum, tapi aku seperti biasa bekerja, shift malam pulak tu! erm... nasib baik DHI dibatalkan. So aku dan Khairul sempat ke Dataran Merdeka untuk sama2 menyambut hari kemerdekaan. Sebelum ke dataran merdeka - aku , khairul, isterinya - Asma, anaknya- Balqis dan juga maidnya :) ke bangsar untuk makan malam.. perghhhhhhhhh lapar giler.. mana tak nyer, dinner pukul 10mlm tu!! hahaahhahha :) makan nasi lemak sambal petai, tauhu bakar dan juga otak². yummyyyy!

tauhu merdeka

waktu tengah makan, seorang budak perempuan telah manarik perhatian aku.. kekekkee.. bukan apa, cuma jalur gemilang yang terletak di kepalanya :)

adik merdeka


waktu tgh makan tuh, aku dapat tau yang actually 31 Ogos tuh anniversary partner shift aku! woaaaaa.. sempat aku ucapan kan "selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 2" ihikz.. aku pulak yg happy!!! haahhahaahaa. Annivesary wedding they all, public holiday gituh!

pasangan merdeka


lepas makan we all terus rush ke Dataran Merdeka.. heheheh parking kat mahkamah nyer private parking. Thanks Asma for the parking kot, lol! (kebetulan wife Khairul kerja kat situ, so dapat free parking) . Acara yang membuat aku terasa erm.. tak tau macam mana nak descibe :) ..... adalah waktu nyanyi lagu kebangsaan -"Negaraku" :) dah lama aku tak nyanyi lagu kebangsaan negara aku. lagu patriotik kegemaran aku selain lagu kebangsaan:-

  • 31 Ogos
  • Keranamu Malaysia
  • Jalur Gemilang

Acara yang paling meriah dan mempersonakan aku adalah..... fireworks!!!! habis jer pertunjukan bunga api.. we all terus pecut ke RTM.. yer lah kan.. ada berita pukul 1.30 pagi :)





Negaraku sudah 48 tahun merdeka.. dan aku bersyukur waktu aku lahir negara sudah pun mencapai kemerdekaan. cuma aku terpikir sama ada perasaan ini sudah merdeka atau tidak? merdeka dari apa? ermm.... semoga aku kuat menghadapi hari² yang mendatang, Insya Allah...