Sunday, September 25, 2005

weekend with Jaja and Qayyim

Venue: Wisma Radio
Time/Date: 4.55pm, 23 Sept 2005.

*my handphone ringing* "Cat, datang tido kat rumah aku malam nih boleh tak? Temankan aku sebab hubby aku outstation weekend nih", pinta Jaja. "ermm, ,malam nih tak leh lah sebab kalo nak bertolak mlm nih nanti mak aku risau pulak. Aku gi esok lah sabtu aku off. Tapi ahad petang aku kerja tau", jawabku. "ok ok.. datang tau! aku tunggu", balas Jaja. *end conversation*

erm... Jaja temanku sejak di sekolah rendah.Sudah biasa dapat request cam tuh dari Jaja.. Temankan adiknya kalo mereka ke outstation.. Kalau satu keluarga pergi bercuti, aku akan jadi penjaga kucing2 yang ditinggalkannya. Kekadang scary jugak, lol! tapi last time aku minta abang aku sekali tido di banglo besar itu :)

Venue: Home
Date: 24 Sept 2005

Pagi lepas solat subuh, heheh sambung tido. letih lah... bangun2 jer the whole family dah ready for breakfast.. abg beli nasi lemak. Yan buat milo :) aku? erm.. masih di atas katil. Termenung.. aduh.. lepas breakfast nak basuk baju then ke Shah Alam (Jaja dah 2 bulam sewa condo di seksyen 9, belakang Giant hypermarket). Janji ngan Jaja lepas solat zohor baru bertolak. Jam dah nak dekat pukul 2.30pm, aku masih membasuh :) basuh manual nih ambil masa sikit :) hehehhe lepas breakfast bukannya basuh baju.. lepak depan TV, nih rancangan masakann nih lahhhhh. bila dah tengok channel discovery travel & living nih buat aku terleka. especially kalau rancangan masakan :) jam 2.30pm Jaja call. "Wei, bila nak sampai nih!!! cepatlah datang!!!", teriak Jaja. "yerlah.. lepas aku sidai baju nih aku terus ke Shah Alam lah...", jawab aku :) kuang, kuang, kuang, yeah.. yeah.. nih semua gara2 leka dengan rancangan masakan di TV... tergendala apa yang telah aku rancang di awal hari :)

Venue: Home
Date: 24 Sept 2005

ok ok... aku bertolak.. hehe lebih kurang dah nak dekat pukul 3pm.. mana tak Jaja pissed off :) yg aku nih ikut jalan erm.. jauh sikit.. lalu bandar sunway dan Subang Jaya... jammed tapi tak teruk lah kan. Waktu melalu Subang Jaya, teringat zaman aku belajar di Kolej Unitek dulu. Student ADP semua ditempatkan di Subang Perdana Court 9. Banyak juga perubahan.. Dah banyak condo2 tumbah bagai cendawan selepas hujan. Waktu di trafiic light di Suabng Jaya, telefon bimbit aku berbunyi lagi. ah agak dah.. Jaja! "Weiiiiii, ko kat mana tuh?", tanay Jaja. "Lagi 15 minutes ok!! aku kat Suabng Jaya nih, kat simpang ke Shah Alam dah nih", Tanpa menunggu Jaja habis bercakap, terus aku potong cakap dia :)


Venue: Shah Alam
Date: 24 Sept 2005

"Jaja, aku dah sampai depan office ko nih!", kataku. "ok ok, tunggu aku bawa pass parking", jawab Jaja. ihikz.. Akhirnya.. bertemu juga ngan Jaja dan anak lelaki dia, Qayyim :) Qayyum nampak blur and blank bila jumpa aku, ihikz. Naik kejap ke office Jaja. Dia ada kerja sikit. Lepas dia faxkan laporan2, kami terus ke condo Jaja. Akhirnya selamat sampai. Cantik juga permandangan dari condo Jaja nih. Nampak masjid Shah Alam :) Sepanjang menunggu waktu makan malam, puas bermain ngan si Qayyim :) aktif juga si kecil nih. Kekadang cakap pon ikut ala2 bahasa dia :) Dinner kat luar jer. Janji aku mau yang sedap pintaku. Menurut Jaja dia tau ada satu tempat nih kuew tiau dan nasi goreng kampung yang sedap. Jaja dah masak dengan perangai aku yang begitu cerewet tentang makanan :) Tak kisah makan kat tempat murah, janji sedap! yup! kuew tiau yang Jaja cadangkan itu sedap! So malam tuh aku makan kuew tiau & apple juice.

Venue: Shah Alam
Date: 25 Sept 2005

tiba-tiba tangisan Qayyim mengejut aku dari tidur. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 4am. Terlalu aktif bermain malam tadi, itu yang buat Qayyim mengigau.. Menangis sambil menyebut perkataan "ball" :) cute.. itulah di office mamanya, main bola ping pong. sampai rumah main bola lagi :) seronok Qayyim ada orang melayan dia :) lepas subuh, sambung tido, hehehhehe. Sedar2 jer Qayyim sedang memperhatikanku. "Assaluma'laikum and good morning baby", tegurku. dia senyum aja. Tapi aku lebih prefer memanggil dia "boy". Tapi Jaja kata kalau panggil baby lagi manja. "yer lah.. tak macho lah panggil baby.. dia kan boy", balasku. cute bila si Qayyim membahasakan dirinya "baby" :) lebih kurang pukul 11.30pagi kami ke Giant, beli bahan2 mentah untuk makan tengah hari. Mum minta aku belikan Olay White Total Effect & susu.. dan aku? erm... kalu dah ke hypermarket, pasti beli barang2 yang aku tak planned nak beli, lol! Habis berbelanja lebih kurang pukul 1.30pm. On the way ke parking lot, aku ternampak cafe menjual cheese stick. ermmmm, yummy!!! teringin pulak nak rasanya :) teringat Citra, teman indon ko. ntah kenapa cheese and citra begitu sinomin bagiku :) Sampai rumah terus solat and masak.. kkekekeke, Jaja mau aku masakkan sambal minang. Frankly, aku dah lama tak masak sambal minang :) siap tumbuk cili lagi, biasanya aku blender jer. since tak ada blender kat rumah Jaja, apalagi tumbuk cili lah kak :) tak sedar masa begitu pantas berlalu. We all makan lebih kurang pukul 3.15pm. Dah lama tak makan sama2 ngan Jaja. Dulu sebelum dia berkahwin, aku rajin ke rumah dia.. mak dia pasti ajak aku makan sekali. setiap kali datang ke rumah Jaja mesti makan. segan jugak rasanya, lol! Makan sambil borak2, best! tak sangka kali ini kami ditemani oleh anak Jaja. aku rasa macam baru jer Jaja berkahwin... Lepas solat asar, aku terus ke tempat kerja...

2 Comments:

At 11:04 AM, October 08, 2005, Blogger L. Pralangga said...

Dear Kasih,

Senak sekali sudah bisa mampir kesini, salam perkenalan dan salam hangat dari Afrika Barat.. banyak rekan tentera diraja malaysia yang juga bertugas disini, mereka adalah kawan baik seperjuangan...

Regards,
:)

 
At 5:51 PM, October 20, 2005, Blogger Kasih said...

yeah.. salam perkenalan juga ya luigi.. ur african journal bagus.. aku suka baca.. if only i got a chance to be one of the volunteer :(

 

Post a Comment

<< Home